2025-11-26 HaiPress

Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,24 November – Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia dengan mencatat aliran keluar bernilai RM1.03 bilion minggu lalu.
Menurut Laporan Aliran Dana oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB),jualan asing direkodkan setiap hari dengan Selasa mencatat aliran keluar terbesar berjumlah RM458.5 juta.
“Hanya dua sektor mencatat aliran masuk bersih pelabur asing,iaitu perladangan (RM148.4 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM79.6 juta). Manakala tiga sektor tertinggi mencatat aliran keluar bersih ialah produk dan perkhidmatan industri (RM377.2 juta),utiliti (RM254.4 juta) serta telekomunikasi dan media (RM106.3 juta),” jelas bank pelaburan itu.
Sementara itu,institusi tempatan bertukar menjadi pembeli bersih,dengan aliran masuk dana sebanyak RM1.01 bilion selepas mencatat jualan bersih RM318 juta minggu sebelumnya.
Peruncit tempatan turut muncul sebagai pembeli bersih dengan dana sebanyak RM28.1 juta,selepas dua minggu berturut-turut mencatat jualan bersih.
Di peringkat serantau,pelabur asing merupakan penjual bersih bagi minggu berakhir 21 November 2025 di lapan pasaran,dengan jumlah aliran keluar mencecah AS$6.73 bilion,kira-kira 1.9 kali lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.
Bank pelaburan itu turut menyatakan bahawa kebanyakan indeks yang dipantau ditutup lebih rendah minggu lalu,dengan 16 daripada 20 indeks mencatatkan penurunan.
Tiga indeks berprestasi terbaik ialah PSEI Filipina (7.4 peratus),Ho Chi Minh VSE Vietnam (1.2 peratus),dan SENSEX India (0.79 peratus).
Manakala tiga indeks berprestasi paling lemah ialah Hang Seng Hong Kong (-5.1 peratus),KOSPI Korea Selatan (-3.9 peratus),dan China Shenzen CSI 300 (-3.8 peratus).
FBMKLCI ditutup lebih rendah sebanyak 0.5 peratus.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur