2025-11-26 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,24 November -S&P Global Ratings menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 0.2 mata peratusan kepada 4.5 peratus pada 2026.
Berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi Asia Pasifik Suku Pertama 2026: Tanda-tanda Pemulihan,S&P turut mengunjurkan inflasi pengguna pada 1.9 peratus dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 2.75 peratus.
Ahli ekonomi kanan S&P Global Ratings,Vishrut Rana berkata,ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan kukuh,disokong oleh aktiviti sektor elektronik dan permintaan domestik yang berdaya tahan.
“Aktiviti domestik yang stabil,sokongan fiskal berterusan,aktiviti pelaburan dan pembinaan infrastruktur yang kukuh serta perbelanjaan modal swasta antara faktor yang menyokong prospek pertumbuhan.
Bagaimanapun kami menjangkakan ketegangan perdagangan mungkin memberi kesan kepada permintaan luaran Malaysia dan seluruh Asia tahun depan,walaupun ketidakpastian yang berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah mengurangkan risiko,'' katanya.
Agensi penarafan kredit itu turut meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK 2026 untuk Asia Pasifik kepada 4.2 peratus daripada 4.0 peratus.
Permintaan yang berdaya tahan,eksport teknologi lebih kukuh dan ketidakpastian tarif yang berkurangan menjadi sokongan kepada prospek serantau yang lebih baik.
“Kami berpendapat perkembangan positif dalam hubungan Amerika Syarikat (AS)-China dan pelbagai negara ketika ini akan menyokong pertumbuhan Asia-Pasifik pada 2026,” ujarnya.
Tambah beliau,bank pusat di Asia-Pasifik telah menurunkan OPR sebanyak 65 mata asas secara purata setakat ini pada 2025.
“Terdapat sedikit ruang untuk penurunan OPR selanjutnya memandangkan kadar faedah telah turun menghampiri anggaran kadar faedah dasar neutral seperti yang kami unjurkan,'' katanya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur