2025-11-26 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 November – Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disaran memainkan peranan lebih besar sebagai pemacu ekonomi melalui penyertaan dalam perniagaan mikro dan keusahawanan setempat.
Pensyarah Teknousahawan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur,Muhammad Syukran Jamil,berkata kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif untuk melahirkan generasi usahawan TVET yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan global.
Menurutnya,perniagaan kecil yang diwujudkan graduan TVET mampu memberi impak besar kepada ekonomi komuniti.
"Walaupun dia hanya membuka sebuah kedai kecil di sebuah kampung,perniagaan itu menggajikan sekurang-kurangnya dua orang.
"Usaha ini mengurangkan kebergantungan kepada industri atau syarikat besar dan mewujudkan perniagaan setempat yang membantu penduduk tempatan menjana pendapatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bual Biz Malaysia di sini pada Isnin.
Tambah beliau,kerajaan juga mahu graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak hanya bergantung kepada pekerjaan 'makan gaji',sebaliknya menjadi usahawan teknikal atau technopreneur yang berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"Terutamanya dalam bidang yang mereka pelajari,seperti penyaman udara,elektrik,bakeri dan sebagainya,ini merupakan antara peralihan ekonomi daripada bergantung kepada gaji kepada menjana pendapatan sendiri," jelasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha kerajaan memperkukuh kerjasama antara TVET dan industri memainkan peranan besar dalam melahirkan usahawan teknologi yang bersedia bersaing di pasaran.
"Pelajar dapat belajar menggunakan teknologi terkini melalui kerjasama dengan pihak industri. Hasil daripada kerjasama ini,lebih banyak peluang perniagaan dapat diwujudkan,sekaligus membolehkan pelajar menguasai teknologi terkini dalam bidang industri," jelasnya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur