2025-11-26 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 November - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa,seiring dengan unjuran untuk mencecah RM4.10 menjelang akhir tahun,susulan kenyataan yang cenderung kepada penurunan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan mata wang AS itu.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit naik kepada 4.1365/1470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1370/1420 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya hari ini.
“Kadar pertukaran dolar AS-ringgit akan bergerak sekitar RM4.13 hingga RM4.15,” katanya.
Mohd Afzanizam juga berkata bahawa bank itu telah menyemak semula ramalan ringgit kepada RM4.10 daripada RM4.15 menjelang akhir tahun disebabkan oleh jurang kadar faedah yang semakin mengecil antara Kadar Dana Persekutuan AS dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia.
“Satu lagi sebab ialah kedudukan fiskal Malaysia berada di landasan yang betul untuk mengurangkan defisit fiskal. Fiskal dalam tempoh sembilan bulan untuk tahun ini adalah 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 4.1 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.
Pada pembukaan,ringgit kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 2.6366/6434 daripada 2.6392/6426 ketika ditutup semalam,naik berbanding euro kepada 4.7652/7773 daripada 4.7700/7757 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.4209/4346 daripada 5.4153/4219 sebelum itu.
Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1697/1783 daripada 3.1689/1730 ketika ditutup semalam,rendah berbanding baht Thailand kepada 12.7776/8184 daripada 12.7324/7525,tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 247.7/248.4 berbanding 247.7/248.1 dan juga tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.02/7.04.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur