2025-11-26 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 November – Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang disokong oleh kepelbagaian sektor dan asas domestik yang kukuh berdasarkan Indeks Pelopor (IP) September 2025 yang meningkat 0.8 peratus kepada 113.3 mata berbanding 112.4 mata bulan sama tahun lalu.
Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),IP memberi petunjuk awal mengenai perubahan dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi bagi tempoh terdekat.
Mengulas lanjut prestasi terkini IP,Ketua Perangkawan,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata trajektori positif ini disokong oleh pertumbuhan dua angka yang kukuh dalam Bilangan Syarikat Baru Didaftar sebanyak 16.0 peratus dan Import Benar Semi Konduktor berjumlah 15.8 peratus.
Bagaimanapun,pada asas bulanan IP menyusut 0.5 peratus,dipengaruhi oleh Bilangan Unit Kediaman Yang Diluluskan Pembinaan dan Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain.
''Prestasi perdagangan yang positif,pelaburan yang menggalakkan serta inflasi yang semakin mereda terus memperkukuh daya tahan domestik.
''Ia bertindak sebagai penampan yang berkesan terhadap cabaran global serta mengurangkan tekanan kos sara hidup,'' katanya.
Sementara itu,Indeks Serentak (IS) yang mengukur prestasi ekonomi semasa mengekalkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan 2.6 peratus,mencecah 129.1 mata berbanding 125.8 mata pada September 2024.
''Peningkatan ini mencerminkan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik,terutamanya melalui komponen Nilai Caruman Benar,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melonjak 15.6 peratus,menggambarkan kestabilan upah dan pekerjaan,'' katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur