2025-11-26 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,25 November - Maybank mengaktifkan Program Bantuan Banjir bagi membantu pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Maybank menerusi kenyataan berkata,program bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan yang berdepan kerosakan harta benda dan gangguan pendapatan akibat bencana itu.
''Bantuan Banjir ini merangkumi beberapa bentuk kelonggaran,termasuk penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan,pengurangan ansuran bulanan,atau lanjutan tempoh pembayaran bergantung kepada keperluan pelanggan.
''Bank juga menawarkan pengecualian caj untuk penggantian kad debit,kad ATM dan buku cek yang hilang atau rosak dalam kejadian banjir,'' menurut kenyataan itu.
Permohonan boleh dibuat melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selain mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan Maybank.
Sementara itu,cabang insurans kumpulan tersebut,Etiqa,melaksanakan proses tuntutan banjir yang dipermudahkan tanpa memerlukan borang atau dokumen sokongan.
Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh diakses di laman web rasmi bank,manakala pelanggan yang memerlukan sokongan tambahan boleh menghubungi Maybank Group Customer Care Hotline di 1-300-88-6688.
Dalam pada itu,Kumpulan Perbankan RHB turut menawarkan bantuan kewangan jangka pendek kepada individu dan PKS untuk meringankan cabaran kewangan dalam tempoh sukar ini melalui Program Bantuan Banjir.
RHB melalui kenyataan berkata,program itu menyediakan bantuan kewangan jangka pendek bagi meringankan beban pelanggan yang berdepan kerosakan harta benda,gangguan pendapatan dan kos pemulihan akibat bencana tersebut.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group,Datuk Mohd Rashid Mohamad berkata bantuan ini mencerminkan komitmen bank dalam menyokong pelanggan yang terjejas.
“Keutamaan kami adalah untuk membantu keluarga,perniagaan dan komuniti yang terkesan akibat banjir. Selain bantuan kewangan,RHB juga akan menghulurkan bantuan pemulihan termasuk pengagihan pek makanan siap dimakan untuk keluarga yang dipindahkan,serta kit pasca banjir bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pemulihan rumah,” katanya.
Pelanggan individu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi RHB Customer Contact Centre di 03-9206 8118 atau mengunjungi mana-mana cawangan RHB terdekat.
Pelanggan PKS pula digalakkan berhubung dengan pengurus hubungan masing-masing untuk sokongan yang lebih terperinci.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur