2025-11-26 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 November - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini,didorong oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS Christopher Waller yang lebih memihak untuk mengurangkan kadar faedah.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kecenderungan Fed itu hanya membuktikan kemungkinan bank pusat AS itu akan melaksanakan pengurangan pada Disember ini.
Jangkaan itu diperkukuhkan lagi oleh kenyataan terbaharu Waller mengenai kewajaran mengurangkan kadar faedah demi menyokong pasaran tenaga kerja negara maju berkenaan.
“(Berikutan itu) pasaran secara ketara telah meneliti semula keluk dalam tempoh hanya 72 jam -- akibatnya,persepsi kemungkinan pengurangan kadar faedah pada Disember telah melonjak daripada kira-kira 40 peratus kepada hampir 90 peratus.
“Sebarang peralihan itu hanya memacu harga emas,” katanya kepada Bernama.
Kontrak niaga hadapan November 2025 naik kepada US$4,129.3 bagi setiap auns troy berbanding US$4,070.6 setiap auns troy semalam,Disember 2025 meningkat kepada US$4,146.4 setiap auns troy berbanding US$4,087.3 setiap auns troy manakala Januari 2026 menokok kepada US$4,163.0 bagi setiap auns troy daripada US$4,104.5 setiap auns troy.
Selain itu,kontrak Februari,April dan Jun 2026 meningkat kepada US$4,179.3 setiap auns troy daripada US$4,122.3 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 115 lot daripada 34 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 151 kontrak daripada 75 kontrak,sebelum ini.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association,harga emas fizikal pada US$4,082.05 setiap auns troy pada 24 November 2025.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur