2025-11-26 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 November - Ringgit terus menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa,apabila dolar AS menyusut susulan kenyataan berdiplomasi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Pada 6 petang,ringgit menokok kepada 4.1300/1345 berbanding dolar AS,meningkat daripada 4.1370/1420 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemungkinan penurunan kadar faedah AS telah didorong oleh komen baru-baru ini daripada pegawai kanan Fed seperti Gabenor Christopher Waller,yang menekankan mengenai keperluan untuk mengurangkan kadar faedah bagi menyokong pasaran buruh AS.
Mohd Afzanizam berkata penurunan kadar faedah AS dijangka meningkatkan momentum menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang pada 9-10 Disember.
“Oleh itu,ringgit terus menunjukkan prestasi yang baik berbanding dolar AS,meningkat tinggi sehingga RM4.1283 semasa sesi pagi sebelum menyusut ke arah RM4.1350 pada separuh sesi kedua,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia diniagakan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.7635/7687 daripada 4.7700/7757 ketika ditutup semalam,tetapi merosot berbanding yen kepada 2.6420/6451 daripada 2.6392/6426 dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4235/4294 daripada 5.4153/4219.
Ringgit turut menunjukkan trend kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.01/7.02 daripada 7.02/7.04 ketika ditutup semalam,tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1708/1745 daripada 3.1689/1730.
Ia lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 2.7793/7999 daripada 12.7324/7525 pada Isnin,merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 247.9/248.3 berbanding dengan 247.7/248.1.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur