2025-11-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November -Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan langkah-langkah bantuan kewangan yang mengutamakan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) terjejas,di samping sokongan untuk pelanggan individu yang terkesan dengan bencana banjir.
Bagi membantu PMKS yang terjejas,Bank Islam menawarkan program pembiayaan Kemudahan Bantuan dan Adaptasi (RAFt) untuk perniagaan di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
Bank Islam dalam kenyataan memaklumkan,bawah kemudahan itu,PMKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang rosak seperti kilang pembuatan dan mesin serta modal kerja asas.
''Moratorium sehingga enam bulan turut ditawarkan kepada pelanggan PMKS sedia ada di kawasan bencana banjir yang ditetapkan oleh NADMA.
''Bantuan kewangan ini merangkumi semua kemudahan kredit dengan pembayaran yang dijadualkan atau perlu dibayar mengikut kontrak,termasuk Kemudahan Pembiayaan Berjangka,Kredit Pusingan dan Talian Tunai serta Perdagangan,'' menurut Bank Islam.
Program Pembiayaan RAFt juga disediakan bagi pelanggan yang berada di kawasan berpotensi untuk mengalami bencana serupa pada masa hadapan.
Pihak bank juga meneruskan semula Program Prihatin Banjir untuk pelanggan pembiayaan individu.
Pelanggan Pembiayaan-i Rumah,Peribadi dan Kenderaan yang terjejas bencana boleh memohon penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga enam bulan,tertakluk kepada terma dan syarat berkaitan.
Bank turut menawarkan penggantian percuma untuk Kad Kredit dan Debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang.
Permohonan bantuan kewangan boleh dikemukakan di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian.
Maklumat lanjut mengenai bantuan yang disediakan boleh diperoleh di laman web korporat Bank Islam di www.bankislam.com.
Pelanggan Pembiayaan-i Perniagaan yang terjejas boleh membuat pertanyaan dan memohon bantuan di cawangan Bank Islam terdekat atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur