2025-11-26 HaiPress

Malaysia terus mempamerkan kemajuan ketara dalam transformasi digital,apabila pendapatan e-dagang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025 mencecah RM937.5 bilion/Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,26 November – Malaysia terus mempamerkan kemajuan ketara dalam transformasi digital,apabila pendapatan e-dagang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025 mencecah RM937.5 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata,jumlah itu meningkat 1.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
Menurut beliau,suku kedua 2025 merekodkan pendapatan e-dagang tertinggi sebanyak RM313.8 bilion,manakala suku ketiga mencatatkan sedikit penyederhanaan kepada RM312.6 bilion.
“E-dagang memainkan peranan penting dalam merancakkan aktiviti perniagaan,meluaskan peluang pasaran dan meningkatkan daya saing ekonomi seiring perkembangan landskap digital,” katanya.
Beliau menjelaskan,kepesatan ekonomi digital negara dipacu oleh beberapa faktor utama termasuk pertumbuhan stabil e-dagang,penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang meluas serta pengukuhan infrastruktur komunikasi negara.
Suku kedua 2025 merekodkan pendapatan e-dagang tertinggi sebanyak RM313.8 bilion/Foto hiasan/RTMSultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur