2025-11-28 HaiPress

Datuk Seri Nor Hisham Mohammad semasa sidang media pada majlis sambutan Hari Integriti JBPM 2025 / BERNAMA
AYER KEROH,28 November - Sebanyak 49 kes pokok tumbang direkodkan di seluruh negara akibat Ribut Tropika Senyar sejak 12 tengah malam tadi hingga 8 pagi tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Datuk Seri Nor Hisham Mohammad,berkata satu kematian turut dilaporkan melibatkan seorang penunggang motosikal yang melanggar pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap,Melaka awal pagi tadi.
Negeri Sembilan mencatatkan kesan paling teruk dengan 33 kes pokok tumbang termasuk satu insiden cerun runtuh,satu runtuhan struktur serta dua kes banjir. Melaka merekodkan lapan kes pokok tumbang,diikuti Selangor lima kes pokok tumbang dan dua lokasi banjir,Putrajaya dua kes pokok tumbang,manakala Perak satu kes pokok tumbang.
“Tanah yang telah lembut akibat hujan sebelumnya menjadikan risiko pokok tumbang dan tanah runtuh masih tinggi. Tanggungjawab agensi kini adalah memastikan jalan dapat dilalui dan risiko kepada pengguna dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti JBPM di Ayer Keroh.
Beliau menambah,NGO dan individu yang ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir dinasihat berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memudahkan penyelarasan dan keselamatan.
“Pastikan bantuan disalurkan melalui PKOB atau Pusat Kawalan yang ditetapkan oleh pihak polis supaya keberkesanan bantuan dapat dijamin dan komunikasi teratur,” katanya lagi.
Orang awam turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca dan berjaga-jaga sepanjang musim monsun timur laut.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur