2025-11-28 HaiPress

FOTO APM NEGERI KEDAH
ALOR SETAR,28 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah mencatat penurunan sedikit setakat pukul 12 tengah hari tadi,daripada 4,543 kepada 4,486 penduduk melibatkan 1,443 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS).
Tiga daerah masih terjejas banjir iaitu Kubang Pasu,Pokok Sena dan Kota Setar.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah,di Kubang Pasu,seramai 2,415 penduduk daripada 825 keluarga ditempatkan di 13 PPS selepas SK Felda Batu 8 ditutup pada tengah hari tadi.
Di Kota Setar,seramai 1,955 penduduk daripada 583 keluarga berada di enam PPS,menunjukkan peningkatan bilangan penduduk terjejas di daerah tersebut.
Manakala di Pokok Sena,keadaan kekal dengan 116 penduduk terjejas daripada 35 keluarga berlindung di dua PPS.
Trend paras air menunjukkan penurunan,namun beberapa sungai masih berada pada paras bahaya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur