2025-11-28 HaiPress

Sukarelawan UPM melaksanakan misi bantuan pasca banjir di rumah warga emas di Taman Sri Nanding,dan Masjid Al-Ehsan,Sungai Serai Hulu Langat
HULU LANGAT,28 November - Seramai 30 sukarelawan pelajar bersama staf Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan misi bantuan pascabanjir di rumah warga emas di Taman Sri Nanding serta Masjid Al-Ehsan,Sungai Serai,Hulu Langat,yang terjejas akibat banjir minggu lalu.
UPM dalam satu kenyataan memaklumkan,misi berkenaan merupakan inisiatif bawah jenama Jiwa Putra bagi menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan membantu komuniti yang memerlukan.
Misi kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK),sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding yang bersama-sama terlibat dalam kerja pembersihan.
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM,Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata,penyertaan pelajar dalam misi ini dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan akibat banjir.
“Kami mahu pelajar lebih cakna terhadap permasalahan masyarakat dan berfikir secara matang. Ini secara tidak langsung membentuk generasi muda yang mengamalkan nilai kemahiran insaniah,” katanya.
Selain kerja pembersihan,sukarelawan turut menyerahkan Kotak Rahmah hasil sumbangan masyarakat prihatin kepada penduduk yang memerlukan.
Misi tersebut bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar menyumbang tenaga,malah memberi pengalaman baharu dalam menyantuni masyarakat setempat.
Seorang sukarelawan,Emilia Umaira Zulkiflee Gan,21,berkata banyak kawasan didapati dipenuhi lumpur tebal serta barang rosak,menjadikan kerja pembersihan lebih mencabar daripada jangkaannya.
“Apa yang memudahkan kerja kami ialah komunikasi dan kerjasama sesama rakan,” katanya.
Sementara itu,Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding,Puan Norlida Abdul Rahman,menyifatkan bantuan sukarelawan amat membantu kerana keadaan rumah dan masjid sukar dipulihkan dalam masa singkat.
Misi tersebut selaras dengan aspirasi UPM untuk menyediakan pengalaman pembelajaran terbaik kepada pelajar,termasuk membentuk sahsiah kepimpinan dan keprihatinan melalui aktiviti kesukarelawanan.
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP),UPM,SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur