2025-11-28 HaiPress

Ketua Polis Negeri Sembilan,Datuk Alzafny Ahmad ditemui pemberita ketika melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Port Dickson/RTM
PORT DICKSON,28 November -Sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Negeri Sembilan akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan,Datuk Alzafny Ahmad berkata,ketiga-tiga PPS itu menempatkan 170 penduduk terjejas iaitu dua di Sekolah Kebangsaan Jimah Lama dan Kampung Permatang Pasir,di sini dan satu di Sekolah Kebangsaan Jijan,Nilai.
"Rondaan kita buat di kawasan terjejas yang mana berlaku pemindahan. Selain itu kita juga buat rondaan kenal pasti rumah yang mengalami kerosakan dan setakat ini maklumat saya hampir 86 buah rumah terutama di Port Dickson dilaporkan terjejas," katanya kepada pemberita,di sini.
Sementara itu,penduduk terjejas yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan terima kasih dengan bantuan segera yang diterima daripada agensi berkaitan.
"Air sampai buku lali juga dalam rumah. Buku anak pun tak sempat nak selamatkan,surat beranak semua tak sempat. kami tak jangka biasa hujan renyai je dan tak lebat sangat," kata Fauziah Noor Abidin.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur