2025-11-28 HaiPress

Siti Aishah Abd Rahman,bersama suami dan anak
KUANTAN,28 November - Seorang bayi berusia empat bulan dan seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 19 tahun antara penduduk yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Kempadang,Kuantan,malam semalam.
Air mula memasuki kediaman di kawasan rendah,memaksa penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang sekitar pukul 7 malam.
Rohaya Muhammad,52 tahun,berkata dia berpindah bersama anak perempuannya yang menghidap Sindrom Down selepas air mencecah paras lutut.
“Dalam 500 meter jugalah mengharung air tu. Jiran-jiran pun nasihat supaya pindah sebab PPS pun mungkin buka. Mula-mula ingat tak nak pindah,tapi semua ajak pindah sebab risaukan dia juga. Dalam air tu ada lintah,ada ular,takut masuk rumah. Sebab tu kami pindah cepat,” katanya.
Rohaya Muhammad bersama anaknya yang menghidapSindrom Down
Norfifah Dahan
Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kuantan dilanda banjir,menjadikan Kuantan daerah paling terjejas diikuti Maran,Raub dan Lipis.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),setakat pukul 2 petang,tujuh PPS di Kuantan menempatkan 401 penduduk daripada 127 keluarga.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur