2025-11-28 HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,28 November -15 sungai utama di enam daerah di Terengganu berada pada paras bahaya susulan hujan berterusan yang melanda negeri itu sejak malam tadi.
Menerusi Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri,daerah terlibat ialah Besut,Dungun,Hulu Terengganu,Kemaman,Marang dan Setiu.
'Hingga 3.00 petang,lima sungai di daerah Dungun mencatatkan bacaan paras bahaya antaranya Sungai Paka di Kampung Luit (7.34 meter),Sungai Dungun di Pasir Raja (22.55 meter) dan Sungai Dungun di Kuala Jengai (38.23 meter).
"Di daerah Setiu,empat sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Kampung Langkap (22.21) dan Kampung Bukit (13.47 meter) serta kawasan Jambatan Chalok (9.31 meter)," menurut Info Banjir JKM.
Sementara itu,dua sungai di Besut iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Telemong Kuala Ping di Hulu Terengganu.
Turut tersenarai ialah Sungai Tebak di Kemaman dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan.
Penduduk terutama mereka yang tinggal berhampiran tebing sungai diingatkan supaya peka dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kenaikan air ke kawasan perumahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur