2025-11-28 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,28 November -Lebih 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kesan Ribut Tropika Senyar yang melanda sejak semalam.
APM dalam kenyataan memaklumkan,pihaknya telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri dan 198 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU).
Ia bagi menyelaras segala operasi pemantauan,kesiapsiagaan dan respons kecemasan sepanjang tempoh amaran di samping membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah.
"Pasukan itu dilengkapi peralatan penyelamatan air,bot,ambulans,dron pemantauan serta komunikasi kecemasan," menurut kenyataan itu.
Selain itu,APM turut menempatkan pelbagai aset termasuk bot penyelamat,trak angkut,kenderaan pacuan empat roda,generator serta pam air mudah alih di lokasi strategik bagi memastikan operasi bantuan tidak terganggu.
"Sebanyak 30,300 pek makanan sedia dimakan,88,701 unit khemah mudah alih bencana serta 31,480 kit makanan disediakan bagi memastikan kebajikan petugas dan mangsa," kata kenyataan itu lagi.
APM turut bekerjasama dengan semua agensi pengurusan bencana bagi memastikan koordinasi menyeluruh meliputi pemindahan,penyelamatan dan pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS).
Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan amaran cuaca rasmi,berpindah apabila diarahkan,mengelakkan kawasan berisiko banjir,menyediakan beg kecemasan serta memastikan dokumen penting disimpan dengan selamat.
Selain itu,orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan panik dan hubungi talian kecemasan 999 sekiranya memerlukan bantuan segera.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur