2025-11-28 HaiPress

Foto RTM
KLANG,28 November -Sekolah Kebangsaan Teluk Gong kini diaktifkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 15 penduduk terjejas akibat banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1 di kawasan ini.
Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di Teluk Gong,Pelabuhan Klang,dinaiki air.
Kawasan yang terjejas ialah Kampung Nelayan,Kampung Parajurit,Kampung Tengah,Kampung Hamid Tuah dan Kampung Baru Hamid Tuah.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Kampung Teluk Gong,Mohd AminBaharu berkata,keadaan hujan lebat malam tadi memaksa penduduk agensi penyelamat untuk bantuan segera.
"Situasi semalam itu lebat,di mana penduduk telefon agensi-agensi di sini untuk menyelamatkan mereka. Paras air pun tinggi," katanya.
"Dari malam tadi air masuk dalam rumah. Kira-kira pukul 7.00 malam,air pada paras lutut," penduduk Kampung Nelayan,Norli Binti Jamin.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur