2025-11-28 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,27 November -Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan prestasi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjejaki Indeks Dolar AS,yang kekal di bawah paras 100 mata.
Pada 8 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.1255/1395 berbanding dolar AS 4.1360/1385 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan Kadar Dana Persekutuan AS (Federal Funds Rate) pada Disember terus menjejaskan nilai dolar.
“Perbincangan mengenai calon pengerusi Rizab Persekutuan AS 2026 juga kelihatan menyokong naratif mengenai penurunan kadar. Justeru itu,ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.12 hingga RM4.13 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Ketika dagangan dibuka,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.6405/6496 daripada 2.6438/6456 ketika ditutup pada Rabu,namun susut berbanding pound British kepada 5.4638/4824 daripada 5.4492/4525,dan sedikit rendah berbanding euro kepada 4.7864/8026 daripada 4.7862/7891.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1823/1933 daripada 3.1847/1869 pada Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8022/8556 daripada 12.8308/8433.
Mata wang tempatan itu juga mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.5/248.5 daripada 248.2/248.4 dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 7.01/7.03 daripada 7.02/7.03 sebelumnya. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur