2025-11-28 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,27 November - Sentimen perniagaan keseluruhan dijangka bertambah baik pada suku keempat 2025,seperti dipamerkan Petunjuk keyakinan (CI) yang mengukuh kepada 6.2 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan memaklumkan,peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan pada suku keempat 2025,disokong petunjuk keyakinan positif,yang mencerminkan optimisme merentasi sektor utama berbanding suku sebelumnya.
''Dalam kalangan semua sektor yang disurvei,sektor perkhidmatan kekal menunjukkan keyakinan yang tinggi dengan mencatatkan CI sebanyak 10.0 peratus,peningkatan ketara berbanding 1.5 peratus pada suku ketiga 2025.
''Peningkatan sentimen ini didorong oleh subsektor Insurans (+41.1%),Pendidikan (+25.6%) dan Kesihatan (+22.8%),'' menurut kenyataan itu.
Manakala,sektor industri menunjukkan jangkaan yang terus kukuh dengan merekodkan CI sebanyak 5.8 peratus,meningkat daripada 2.2 peratus pada suku sebelumnya.
Selain itu,sektor Perdagangan Borong dan Runcit mencatatkan pemulihan dengan CI meningkat kepada 3.5 peratus bagi tempoh sama berbanding penyusutan 7.3 peratus pada suku sebelumnya.
Sebaliknya,Sektor Pembinaan mencatatkan sentimen berhati-hati,dengan penyusutan CI kepada 1.2 peratus,namun lebih baik berbanding 2.0 peratus dicatatkan pada suku sebelumnya.
Sementara itu,untuk tempoh Oktober 2025 hingga Mac 2026,prospek perniagaan keseluruhan mempamerkan sentimen positif,mencatatkan imbangan bersihsebanyak 12.0 peratus berbanding 9.9 peratus pada separuh tahun sebelumnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur