2025-11-28 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 November – Proton Holdings Bhd (Proton) menerima sambutan hangat bagi Saga Serba Baharu apabila mencatat 20,000 tempahan sejak dibuka pada 10 November lalu.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pembangunan dan pengeluaran model baharu ini selari dengan usaha memperkukuh rantaian industri automotif negara.
Ini termasuk dalam aspek platform kenderaan elektrik (EV),pengujian teknologi,serta peningkatan penggunaan komponen tempatan.
“Peningkatan keterlibatan vendor tempatan dan pelaburan teknologi dalam industri automotif sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),menyokong aspirasi Malaysia muncul sebagai ekonomi berteknologi tinggi,sambil merancakkan peluang pekerjaan dan aktiviti nilai tambah domestik,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Proton Saga Serba Baharu,di ibu negara.
Proton Saga Serba Baharu ditawar pada harga RM38,990 (Standard),RM44,990 (Executive) dan RM49,990 (Premium) atas jalan tanpa insurans,dengan rebat RM1,000 untuk semua varian bersempena pelancaran.
Selain itu,menurut Tengku Zafrul,peningkatan jumlah volum industri (TIV) dan peluasan pembekalan komponen tempatan memberi kesan ekonomi lebih meluas kepada vendor tempatan.
Menyaksikan dasar kerajaan seperti Dasar Automotif Nasional (NAP) dan NIMP 2030 memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing industri,yang membantu menggalakkan kerjasama strategik antara syarikat tempatan dan asing.
Ujarnya,dasar-dasar ini turut menyokong peningkatan tahap teknologi dalam ekosistem automotif negara,sekali gus memperkukuh inovasi dan keupayaan pengeluaran tempatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur