2025-11-28 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Media,Nicholas Lim Pinn Yang
KUALA LUMPUR,28 November - Foodie Media Bhd (Foodie Media) membuatpenampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini berikutan permintaan pelaburyang teguhbagi tawaran awal permulaannya (IPO).
Sahamnya dibuka pada 35.5 sen,mewakili 5.5 sen atau 18.3 peratus premium berbanding harga IPOnya pada 30 sen,dengan 15.29 juta saham bertukar tangan.
IPOnya turut terlebih langgan sebanyak 24.63 kali ganda bagi bahagianawam iaitu 44.4 juta saham,termasuk 13.09 kali ganda bagi bahagian Bumiputera dan 36.18 kali ganda bagi baki tranche awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Media,Nicholas Lim Pinn Yang,berkata syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk menguasai perbelanjaan pengiklanan digital,selari dengan perubahan perhatian pengguna terhadap media sosial dan platform mudah alih.
“Kami komited untuk meningkatkan kehadiran kami di semua platfrom ini dengan mewujudkan lebih banyak nilai bagi khalayak kami dan menyampaikan kempen yang lebih kukuh untuk pelanggan.
“Dengan peralihan daripada media tradisional kepada digital yang semakin pantas,kami menyasarkan untuk terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan berkesan,” katanya pada sidang media bersempena IPO tersebut.
Beliau berkata kumpulan pelanggan syarikat itu termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),syarikatdan agensi pengiklanan.
“Menjelang tahun 2026,tumpuan kami ialah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan supaya kami boleh menyokong belanjawan pengiklanan yang lebih besar,” tambahnya.
Lim turut menekankan bahawa syarikat telah berkembang melangkaui bidang penerbitan iaitu merangkumi pemasaran pempengaruh,perdagangan gabungandan pengurusan kempen,sekali gus membentuk perkhidmatan yang lebih bersepadu.
Mengenai persaingan pasaran,beliau berkata syarikat itu menyasarkan untuk mengekalkan keuntungan dengan terus menghasilkan kandungan berkualiti tinggi bagi khalayak di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara,sekali gus mengukuhkan aliran pendapatannya dan menyokong margin.
Foodie Media mencipta dan mengedarkan kandungan digital di platform sosial utama dan di laman webnya sendiri,menguruskan 34 jenama gaya hidup di Asia Tenggaraterdiri daripada makanan,hartanah,pelancongan,riadah,rumah dan kehidupan,teknologi,sukan dan automotif.
Jenama utamanya termasuk KL Foodie,Penang Foodie,Bangkok Foodie,Singapore Foodie dan Halal Foodie,yang keseluruhannya mencecah 46 juta pengikut.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur