2025-11-28 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,28 November - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat,disokong oleh keyakinan berterusan terhadap potensi perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun.
Pada 8 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.1230/1335 berbanding dolar AS daripada 4.1305/1345 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS berada di bawah paras 100 mata berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember yang meningkat.
“Keyakinan pasaran untuk penurunan kadar faedah pada Disember telah melonjak kepada 85 peratus berbanding kurang daripada 40 peratus minggu lepas,” katanya kepada Bernama,sambil menambah perubahan jangkaan itu telah mendorong hasil Perbendaharaan AS untuk mencatatkan lebih rendah.
Beliau berkata sejak 14 November,hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun,masing-masing merosot sebanyak 17 dan 14 mata asas,dan kini sebanyak 3.45 peratus dan 4.00 peratus.
“Aliran penurunan ini dijangka memberi sokongan tambahan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun,termasuk ringgit.
“Hari ini,kami menjangka ringgit kekal dalam jajaran kecil antara RM4.12 dan RM4.13 serta peniaga memantau data AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya.
Dalam dagangan awal,ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen kepada 2.6379/6448 daripada 2.6417/6444 semasa ditutup semalam,bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.4589/4728 daripada 5.4576/4629 dan berubah sedikit berbanding euro kepada 4.7823/7944 daripada 4.7823/7869.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1794/1877 daripada 3.1817/1850 semasa ditutup semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7904/8342 daripada 12.8097/8285.
Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 247.8/248.5 daripada 248.3/248.6 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.01/7.03 daripada 7.02/7.04 sebelum ini.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur