2025-11-28 HaiPress

Keadaan banjir di Manjung,Perak/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 November - Industri perbankan kekal komited untuk meringankan beban kewangan pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir selain memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan penting.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dalam kenyataan bersama memaklumkan,bank-bank tempatan menawarkan pelbagai bentuk bantuan banjir termasuk penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan.
"Tawaran itu disediakan sebagai bantuan kewangan sementara dan kemudahan pembiayaan khas bagi membantu pelanggan membaiki dan membaik pulih rumah serta perniagaan mereka.
''Bank-bank turut mengetepikan bayaran untuk penggantian dokumen dan kad yang rosak,menyediakan kemudahan bantuan dan penyesuaian untuk perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) serta menawarkan pertukaran wang kertas yang rosak.
“Pelanggan digalakkan menghubungi bank masing-masing melalui saluran rasmi iaitu cawangan bank,laman web,platform perbankan dalam talian dan akaun media sosial untuk mendapatkan maklumat yang dipercayai mengenai bantuan yang ditawarkan,'' menurut kenyataan itu.
Pelanggan turut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap penipuan dan tidak terpedaya dengan pihak yang mendakwa mewakili bank.
Untuk maklumat lanjut,pelanggan boleh merujuk senarai bank anggota di laman web rasmi ABM dan AIBIM.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur