2025-12-02 HaiPress

Banjir Perlis,18 Pusat Pemindahan Sementara ditutup
KANGAR,2 Disember - Situasi banjir di Perlis kian pulih dengan jumlah penduduk yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berkurangan kepada 1,351 orang daripada 384 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini dengan 18 PPS ditutup dan hanya enam masih aktif.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri,Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud menerusi kemaskini terkini memaklumkan,enam PPS masih dibuka melibatkan tiga di Kangar yang menempatkan 179 keluarga dengan 707 orang.
Manakala di Arau,dua PPS masih dibuka dengan 458 orang penduduk daripada 149 keluarga.
Di Padang Besar,kekal dengan hanya sebuah PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh masih beroperasi dengan 186 orang daripada 59 keluarga.
Selain,Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh,PPS yang masih lagi aktif,Dewan 2020,Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,Sekolah Kebangsaan Panggau,Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang dan SK Changkat Jawi.
Ketika ini,kerja pembersihan kediaman penduduk,institusi pendidikan dan premis perniagaan giat dilaksanakan komuniti setempat dengan bantuan sukarelawan pelbagai agensi serta institusi pengajian tinggi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur