2025-12-02 HaiPress

Ir. Ts. Hapida Ghazali,Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
KUALA LUMPUR,2 Disember – Lebih 400 pam air kini beroperasi di seluruh negara bagi mempercepat proses pengaliran air ketika menghadapi banjir.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),Ir. Ts. Hapida Ghazal berkata,pam yang diaktifkan termasuk rumah pam dan pam mudah alih.
Jelas beliau,sebahagian pam mudah alih turut ditempatkan lebih awal di kawasan berisiko tinggisebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi gelombang banjir.
“Pam-pam ini diagihkan mengikut negeri. Jika ada keperluan,kita akan segera bawa ke lokasi terlibat.
Terdapat juga keadaan di mana banjir telah surut namun air masih bertakung. Dalam situasi banjir genang seperti itu,pam mudah alih digunakan untuk membuang air bertakung dan menyalurkannya keluar ke sungai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Tambah beliau,pam mudah alih yang digunakan JPS mempunyai kapasiti antara 140 hingga 560 liter sesaat,bersamaan kira-kira 100 botol air mineral 1.5 liter yang dapat dipindahkan setiap saat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur