2025-12-02 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Parlimen
KUALA LUMPUR,2 Disember - Pemantauan berterusan perlu dilakukan terhadap semua pegawai kerajaan atau penjawat awam agartidak terlibat salah laku rasuah.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan,semua kes berkaitan salah laku akan dirujuk dan melalui Pekeliling Perkhidmatan sertamelibatkan Audit Dalaman.
Beliau turut merujuk mengenai dakwaan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) didakwa memberikan surat sokongan berkaitan beberapa syarikat bagi projek Kementerian Kesihatan.
Tegasnya,sebarang penyataan sokongan tidak dianggap sebagi arahan meluluskan sesuatu urusan kerajaan dan bukannnya bersifat kelulusan muktamad.
"Harus ada pemantauan yang lebih teliti,termasuk perkara yang dibangkitkan baru-baru ini iaitu berkenaan surat sokongan. Saya telah nyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan bentuk surat sokongan seperti yang dizahirkan baru-baru ini,termasuk melibatkan pegawai di pejabat saya.
"Itu hanyalah senarai enam syarikat yang diminta untuk dipertimbangkan. Maka wajar diberi teguran,tetapi tidak seharusnya dipecat kerana surat itu hanya menyebut ‘sila pertimbangkan’,bukannya syor untuk meluluskan,” katanya ketikamenjawab soalan dibangkitkan wakil Masjid TanahDatuk Wira Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen.
Datuk Wira Mas Ermieyati memohon Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai-pegawai Menteri susulan teguran YAB Perdana Menteri agar Menteri memantau pegawai mereka dengan lebih tegas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur