2025-12-02 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan di Parlimen mengenai kedudukan terkini hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tanggungan kerajaan yang masih berbaki.
Tegas beliau,isu hutang dan obligasi legasi seperti 1MDB kekal sebagai antara beban fiskal terbesar yang perlu ditanggung kerajaan,meskipun kedudukan hutang negara secara keseluruhan masih berada dalam had dibenarkan.
"Jadi hutang yang terbesar,masih 1MDB,yang diwarisi sejak 2018. Keseluruhannya RM34 bilion. Termasuk komitmen faedah RM17 bilion,jadi jumlah hutang 1MDB,mencecah hampir RM50 bilion.
"Yang sudah dibayar oleh kerajaan hingga kini,ialah RM42 bilion ringgit. Ini termasuk principal dan faedah,"katanya.
Dalam perkembangan positif,Datuk Seri Anwar berkata,kerajaan berjaya mendapatkan kembali RM29 bilion hasil usaha pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara,Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tapi alhamdulilah kerana kita juga dapat pulangan balik RM29 bilion yang telah dapat dibiayai kerana usaha semua jabatan,Jabatan PeguamNegara,Jabatan Kewangan dan SPRM,” tegasnya.
Bagi memastikan beban hutang tidak menjejaskan kedudukan fiskal negara,kerajaan terus melaksanakan beberapa langkah pengukuhan termasuk.
Pengawalan liabiliti fiskal,konsolidasi fiskal secara berperingkat,penyasaran subsidi termasuk kejayaan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dapat mengurangkan beban kerajaan melalui prinsip ‘user-pay’ di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030).
Perdana Menteri turut menegaskan,langkah-langkah itu penting bagi memastikan ruang fiskal negara kekal kukuh sambil menyempurnakan tanggungan hutang legasi seperti 1MDB.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur