2025-12-02 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember – Kerajaan berjaya mengurangkan pinjaman baharu negara kepada sekitar RM75 bilion tahun ini,berbanding RM100 bilion pada 2021.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia sekali gus menunjukkan langkah pengukuhan fiskal berada pada landasan yang tepat.
Jelas beliau,penurunan itu hasil disiplin kewangan lebih ketat yang digariskan menerusi Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Menurut Perdana Menteri,akta berkenaan meletakkan sasaran defisit jangka sederhana sekitar 3 peratus,manakala nisbah hutang kepada KDNK disasar turun ke 60 peratus.
“Jumlah hutang baharu,dari 100 bilion pada 2021,sekarang sekitar 75 bilion.
Setakat akhir September 2025,jumlah hutang Persekutuan mencecah RM1.3155 trilion,berdasarkan pernyataan defisit dan pinjaman kerajaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bangi,Syahredzan Johan di Dewan Rakyat.
Datuk Seri Anwar turut memaklumkan,trend defisit negara menunjukkan penurunan konsisten sejak tiga tahun lalu.
“Kadar defisit telah menurun kepada 5 peratus pada 2023,4.1 peratus pada 2024 dan 3.8 peratus pada 2025. Unjuran kita menunjukkan penurunan ini akan terus berlaku,” katanya.
Kerajaan juga menumpukan kawal selia perbelanjaan serta memperkukuh disiplin fiskal untuk memastikan pinjaman dibuat secara berhemah dan tidak membebankan generasi akan datang.
Datuk Seri Anwar menegaskan komitmen kerajaan untuk menyeimbangkan keperluan rakyat dengan tanggungjawab mengurus hutang negara secara berdisiplin,demi kestabilan ekonomi jangka panjang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur