2025-12-02 HaiPress

Foto arkib / BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember -Seramai 13.9 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter setakat 30 November 2025.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying,jumlah itu melebihi 84 peratus daripada 16.5 juta individu yang layak menerima subsidi petrol RON95 bawah Program BUDI MADANI 95 (BUDI95).
Jelasnya,kadar itu melibatkan nilai jualan RM5.16 bilion,bersamaan 2.59 bilion liter RON95.
Beliau berkata,penyasaran subsidi melalui program BUDI95 dijangka menjana penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun,bergantung kepada harga minyak mentah dunia.
“Julat penjimatan itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak global antara USD60 hingga USD80 setong.
Ia juga membabitkan penghapusan subsidi bagi segmen tidak disasarkan seperti bukan warganegara dan pengguna komersial,” katanya di Dewan Negara.
Lim memaklumkan,sebelum pelaksanaan BUDI95,data penggunaan domestik menunjukkan sekitar 20 peratus penggunaan RON95 datang daripada pengguna yang tidak layak menerima subsidi.
Menurutnya,penjimatan hasil penyasaran subsidi petrol dan inisiatif lain membuka ruang fiskal lebih besar kepada kerajaan.
Beliau menegaskan bahawa penjimatan itu memberi peluang untuk menambah baik program kebajikan serta menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan yang memerlukan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur