2025-12-02 HaiPress

GAMBAR ARKIB / RTM
KUALA LUMPUR,30 November - Ekonomi Malaysia diunjur berkembang stabil kepada 4.0 peratus pada 2026,disokong oleh ekonomi domestik yang kukuh serta pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menurut Felo Kanan Bukan Residen Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),Dr. Khalid Abdul Hamid,hala tuju dasar di bawah rancangan itu menekankan inovasi,peningkatan produktiviti dan reformasi struktur,yang dijangka membantu menstabilkan pertumbuhan.
Katanya,unjuran itu turut disokong oleh aktiviti ekonomi yang dijangka bertambah baik tahun depan serta trend pemulihan dalam beberapa komponen utama ekonomi.
“Kita perlu melihat struktur keseluruhan ekonomi seperti sektor perkhidmatan yang memainkan peranan terbesar,sekitar 60 hingga 65 peratus,diikuti pembuatan serta sektor lain seperti pembinaan dan perlombongan.
''Bagi perlombongan,terdapat sedikit gangguan tahun ini,namun ia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun depan.
"Setakat ini kita belum melihat masalah besar,kecuali ketidaktentuan ekonomi dunia yang didorong faktor geopolitik dan sebagainya,” katanya selepas Pelancaran Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara di sini.
Tambahnya,asas ekonomi yang kukuh serta kepelbagaian pasaran eksport membolehkan Malaysia menyerap kesan ketidaktentuan global,sekali gus menyokong prospek pertumbuhan yang lebih stabil bagi jangka masa panjang.
Sebelum ini,Kementerian Kewangan mengumumkan unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun 2026 sebanyak 4 peratus hingga 4.5 peratus.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur