2025-12-02 HaiPress

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),Datuk Seri N. Gobalakrishnan/ RTM
KUALA LUMPUR,29 November - Pendaftaran syarikat Malaysia sebagai ahli aktif Dewan Perniagaan Dubai dijangka mampu mencapai sasaran 100 syarikat menjelang tahun hadapan.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),Datuk Seri N. Gobalakrishnan berkata,sasaran itu adalah realistik memandangkan kebanyakan syarikat Malaysia berminat untuk melabur di Dubai berikutan status bebas cukai di negara tersebut.
Menurutnya,sebanyak 75 syarikat Malaysia sudah berdaftar setakat sembilan bulan pertama tahun 2025,menjadikan keseluruhannya 380 syarikat telah berdaftar dengan Dewan Perniagaan Dubai.
"Kebanyakan peniaga dari Malaysia membuat pelaburan di Dubai kerana status bebas cukai,yang menjadi faktor tarikan utama bagi mereka.
"Walaupun terdapat cukai korporat sebanyak 9 peratus dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (VAT) sebanyak 5 peratus,namun berbanding dengan apa yang kita hadapi di negara ini,memang terdapat kelebihan pada pihak Dubai dan UAE,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Dewan Perniagaan Dubai bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala.
Tambah beliau,syarikat Malaysia perlu mengambil peluang mempromosikan barangan halal di Dubai,yang juga berfungsi sebagai pusat transit antarabangsa untuk membolehkan produk Malaysia menembusi pasaran di Eropah,Afrika,Asia Barat dan rantau lain.
Langkah ini sekali gus dapat meningkatkan penembusan pasaran global,memperluas capaian komuniti perniagaan antarabangsa di Dubai serta membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia.
Nilai perdagangan bukan minyak antara Kuala Lumpur dan Dubai mencecah AS$4.9 bilion pada 2024,mencatat pertumbuhan tahunan memberangsangkan sebanyak 20 peratus.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur