2025-12-02 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,30 November - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyasarkan penyediaan sehingga 5,000 megawatt (MW) permintaan tenaga bagi pusat data menjelang 2035.
Ketua Pegawai Runcit TNB,Datuk Kamal Arifin A. Rahman berkata syarikat utiliti berkenaan komited menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab pusat data serantau dengan menawarkan penyelesaian tenaga yang seimbang antara pertumbuhan dan tanggungjawab.
"Memandangkan kapasiti pusat data di Malaysia terus berkembang pesat,cabaran kini bukan lagi untuk memilih antara mampu milik,kebolehpercayaan dan kemampanan,tetapi bagaimana untuk memenuhi ketiga-tiganya serentak" katanya.
Jelas beliau,inisiatif seperti Laluan Lorong Hijau yang mempercepatkan sambungan pusat data daripada 36 bulan kepada 12 bulan,sehingga rangka kerja dwibekalan serta integrasi tenaga boleh baharu (TBB) mengukuhkan lagi kesiapsiagaan syarikat tersebut.
Menurutnya,inisiatif itu dapat memastikan penyelesaian tenaga yang cekap dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,proses pengoperasian awal dan kelulusan yang diperkemas serta sokongan daripada pusat sehenti (OSC) bagi semua keperluan berkaitan pusat data.
Ia sekali gus mampu meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam infrastruktur digital mampan.
Dalam masa sama,TNB juga komited menjajarkan peralihan tenaga negara khususnya dalam mencapai sasaran kapasiti TBB sebanyak 70 peratus menjelang 2050,sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur