2025-12-02 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,30 November - AirAsia Aviation Group berjaya melengkapkan proses pengembalian semula perisian terdahulu pada armada pesawat A320 Family.
Langkah itu selaras dengan Arahan Layak Terbang (AD) Kecemasan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) susulan Amaran Transmisi Operator daripada Airbus.
AirAsia menerusi kenyataan memaklumkan,AD Kecemasan itu diterima sekitar pukul 3 pagi pada 29 November dan Pelan Kesinambungan Perniagaan diaktifkan serta-merta.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group,Bo Lingam berkata keselamatan kekal sebagai teras utama dan syarikat penerbangan itu melaksanakan tindakan susulan serta-merta dan menyeluruh terhadap arahan yang diwajibkan.
“Saya menzahirkan penghargaan untuk perancangan rapi dan koordinasi kukuh di peringkat kumpulan oleh pasukan kejuruteraan kami,disokong oleh rakan ekosistem kami iaitu ADE yang membolehkan kerja pematuhan untuk pesawat berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
“Pasukan operasi kami terus berusaha untuk meminimumkan gangguan dan tindakan bersepadu ini mencerminkan ketangkasan,keutamaan terhadap tetamu dan semangat berpasukan yang menjadi identiti AirAsia,” katanya.
Tambahnya,penumpang AirAsia digalakkan menyemak status penerbangan terkini melalui aplikasi AirAsia MOVE atau di airasia.com/flightstatus.
Airbus sebelum ini mengeluarkan nasihat teknikal global yang mewajibkan pesawat A320 dan A321 menjalani naik taraf perisian segera.
Ia susulan insiden pada 30 Oktober membabitkan penerbangan JetBlue dari Cancun,Mexico ke Newark,New Jersey yang mengalami masalah kawalan penerbangan,menyebabkan pesawat berkenaan menjunam 100 kaki dalam tempoh tujuh saat dan terpaksa dilencongkan ke Tampa,Florida.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur