2025-12-02 HaiPress

Foto Facebook Perodua
KUALA LUMPUR,1 Disember - Perodua hari ini melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya,QV-E,pada harga RM80,000,sekali gus menandakan langkah penting Malaysia dalam membangunkan ekosistem EV tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad,berkata model itu dibangunkan dengan kos RM800 juta dan dikeluarkan di kilang terbaharu syarikatnya,Smart Mobility Plant.
Jelas beliau,kapasiti pengeluaran semasa adalah 500 unit sebulan namun syarikat itu menyasarkan peningkatan ketara kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026,selaras unjuran permintaan EV yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna tempatan.
"Sehingga kini,seramai 52 pembekal tempatan telah terlibat dalam pembangunan ini,dengan sasaran 70 vendor dalam tempoh lima tahun. Jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 70 pembekal pada tahun 2030,sekali gus memberi impak positif kepada kehidupan masyarakat.
"Pada masa sama memperkukuhkan rantai bekalan tempatan supaya industri automotif negara menjadi lebih berdaya saing,” katanya ketika berucap bersempena majlis pelancaran kenderaan tersebut di sini.
Menurut beliau,pembangunan model tersebut mengambil kira aspek keselamatan,kejuruteraan dan reka bentuk hasil penyelidikan mendalam oleh pasukan R&D Perodua,menjadikan kenderaan ini sebagai contoh kerjasama inovatif dalam industri automotif tempatan.
Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,Perodua dilantik sebagai peneraju pengeluar EV negara dan sedang bekerjasama dengan vendor tempatan untuk mencapai 50 peratus komponen tempatan menjelang 2026,sebelum meningkat kepada 70 peratus pada 2030.
Syarikat ini turut memperkenalkan konsep pajakan bateri ‘Battery as a Service’,yang menawarkan jaminan bateri sepanjang hayat dan menyasarkan model tersebut kepada golongan pertengahan serta pengguna yang mencari kereta kedua atau kenderaan harian.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur