2025-12-02 HaiPress

Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,1 Disember - Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih selama dua minggu berturut-turut sebanyak RM356.4 juta di Bursa Malaysia,menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
Bank pelaburan itu menerusi Laporan Aliran Dana bagi minggu itu berkata,trend sama turut dipamerkan peruncit tempatan turut merekodkan pembelian bersih untuk minggu kedua berturut-turut sebanyak RM128.4 juta.
Sebaliknya,pelabur asing meneruskan aktiviti jualan bersih untuk dua minggu berturut-turut,dengan aliran keluar berjumlah RM484.8 juta.
''Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk bersih asing minggu lepas adalah perkhidmatan kewangan berjumlah RM226 juta,telekomunikasi dan media sebanyak RM154.0 juta dan produk dan perkhidmatan pengguna sebanyak RM69.6 juta.
''Sementara itu,tiga sektor yang mencatat aliran keluar bersih asing tertinggi adalah utiliti sebanyak RM420.5 juta,produk dan perkhidmatan perindustrian RM310.1 juta dan pembinaan sebanyak RM63.6 juta,'' katanya.
MBSB IB berkata,di peringkat serantau,kalangan pelabur asing muncul penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 November 2025 dengan aliran keluar berjumlah AS$1.17 bilion,berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.
Korea Selatan mencatat aliran keluar bersih asing untuk minggu keempat berturut-turut,dengan aliran keluar sebanyak AS$1.0 bilion,terbesar di rantau ini.
Ini berikutan pendekatan berhati-hati pelabur terhadap tindakan Bank of Korea yang cenderung menaikkan kadar faedah.
“Filipina mengakhiri aliran masuk bersih asing selama tiga minggu berturut-turut,mencatat aliran keluar bersih asing AS$54.6 juta walaupun defisit perdagangan susut kepada AS$3.83 bilion pada Oktober 2025,terendah dalam tempoh lima bulan," menurut bank pelaburan itu.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur