2025-12-02 HaiPress

Tengku Datuk Seri Zafrul ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kenderaan Elektrik Pertama Perodua,QV-E di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,1 Disember - Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan,selepas peranannya di Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) berakhir.
Menurutnya,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau bakal ditempatkan dalam satu kapasiti baharu.
Keputusan mengenai peranan baharunya itu dijangka dimaklumkan esok.
"Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tadi,nampaknya kita diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa,saya pun menunggu dan Insya-Allah esok mungkin dapat tahulah apa tanggungjawab baharu saya," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kenderaan Elektrik (EV) Pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua),QV-E di sini.
Tambah beliau,portfolio seterusnya masih menunggu pengesahan rasmi.
Terdahulu Perdana Menteri berkata,Tengku Datuk Seri Zafrul yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok akan diberikan jawatan baharu.
Perkara itu akan diumumkan susulan perbincangan beliau dengan Tengku Datuk Seri Zafrul mengenai kesinambungan tanggungjawab selepas tidak lagi menerajui MITI.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan peranan Tengku Datuk Seri Zafrul dalam mengemudi MITI,Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai sangat membanggakan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur