2025-12-02 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 Disember - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks diaktifkan bagi November 2025 di Semenanjung,Sabah dan Sarawak.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan memaklumkan,bagi getah sekerap,kadar IPG di Semenanjung ditetapkan pada lima sen sekilogram untuk 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 10 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Di Sabah dan Sarawak pula,kadar IPG adalah 40 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
IPG lateks akan diaktifkan serentak dengan IPG getah sekerap apabila harga purata bulanan di ladang bagi getah sekerap berada pada RM3 sekilogram atau kurang.
Semua pekebun kecil getah di negara ini yang layak akan menerima pembayaran IPG.
Menurut LGM,pekebun kecil di Semenanjung,Sabah dan Sarawak layak menerima pembayaran IPG antara 1 hingga 31 Disember 2025 berdasarkan pengeluaran getah mereka pada November 2025.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur