2025-12-02 HaiPress

Presiden Persatuan ESG Malaysia,Prof. Cheah Kok Hoong
KUALA LUMPUR,2 Disember - Perniagaan yang menggaji pekerja berpendapatan rendah,khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digalak mengadaptasi konsep Akses Gaji Diperoleh (EWA) bagi membantu kelangsungan hidup pekerja.
Presiden Persatuan ESG Malaysia,Prof. Cheah Kok Hoong berkata,EWA yang membolehkan pekerja mengakses sebahagian gaji sebelum hari gajian,mampu membantu golongan berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan asas harian atau mingguan sekali gus meningkatkan kesejahteraan pekerja.
"Pekerja perlu menerima gaji supaya mereka dapat bekerja dengan gembira,selesa dan sepenuh hati serta menyumbang kepada PKS. Jika PKS sebagai majikan tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membayar gaji,pekerja tidak mampu menyumbang. Keadaan ini seterusnya mewujudkan satu kitaran yang tidak sihat," katanya kepada pemberita selepas sidang media Setlary,syarikat yang menyediakan platform EWA di sini,hari ini.
Tambah beliau,konsep EWA selari dengan agenda sosial dalam Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),khususnya aspek kesejahteraan pekerja yang kurang diberi perhatian.
Konsep itu wajar dipromosikan secara lebih meluas terutama dalam kalangan PKS berikutan sektor tersebut menyumbang kira-kira 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjadi antara tulang belakang ekonomi negara.
Dalam pada itu,Setlary mengumumkan pelaburan strategik bernilai RM100 juta bersama syarikat pembiayaan Lion X dan Holborn Capital Partners.
Pelaburan itu bertujuan mempercepatkan pengembangan Setlary ke pasaran baharu di Asia serta meningkatkan keupayaan platform kesejahteraan kewangannya.
Patform Setlary menyediakan penyelesaian nyata dan tanpa kos kepada majikan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja,seterusnya meningkatkan pengekalan kadar pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih baik.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur