2025-12-02 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,1 Disember - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran,dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadual berlangsung minggu depan.
Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,175.30 setiap auns troy daripada US$4,172.60,manakala Januari 2026 naik kepada US$4,191.20 daripada US$4,188.50 setiap auns troy.
Kontrak Februari,April,Jun dan Julai 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,207.50 setiap auns troy berbanding US$4,204.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 53 lot daripada 51 lot pada Khamis lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 135 kontrak daripada 181 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$4,191.05 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 28 Nov,2025.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur