2025-12-03 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025,yang antara lain memperkenalkan Skim Lindung 24/7,iaitu perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa,termasuk di luar waktu bekerja.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan berkata,pelaksanaan skim itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.
Menurut beliau,Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai keupayaan mencukupi untuk memastikan kelancaran pelaksanaan skim tersebut.
"Purata tempoh pemprosesan tuntutan PERKESO tahun lalu adalah sekitar 24 jam dengan keseluruhan purata 1.29 hari setiap kes. Ini membuktikan kecekapan PERKESO dalam memastikan tuntutan diproses segera," katanya.
Sim turut memaklumkan kajian sedang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi mempertimbangkan pemberian insentif kepada pencarum yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh tertentu.
Terdahulu,ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua,beliau memaklumkan sebanyak 12,306 kes tuntutan telah ditolak PERKESO sejak 2023 hingga Oktober lalu kerana ditakrifkan sebagai bukan bencana kerja.
Situasi itu menunjukkan keperluan pelaksanaan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang terkandung dalam pindaan RUU berkenaan,bagi mengelakkan keluarga mangsa menanggung sendiri kos rawatan dan pemulihan sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu kerja.
RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 diluluskan selepas dibahaskan 10 Ahli Parlimen.
Sementara itu,Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang bertujuan meningkatkan faedah kepada pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan serta memperkukuh tadbir urus pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata,sehingga 30 November lalu,sebanyak 57,094 atau 85.3 peratus pekerja telah menerima manfaat bawah SIP,daripada 69,923 kes kehilangan pekerjaan yang direkodkan dalam tempoh lima tahun.
"Jumlah keseluruhan bayaran faedah SIP yang diluluskan mencecah RM437.19 juta,selaras komitmen kerajaan memastikan bantuan itu disalurkan dengan cepat,telus dan berkesan agar pekerja terkesan dapat meneruskan kehidupan sebelum kembali memasuki pasaran pekerjaan," katanya.
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur