2025-12-03 HaiPress

Foto Bernama
SHAH ALAM,2 Disember - Universiti Islam Selangor (UIS) dilantik sebagai panel penyelidik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang turut melibatkan penyaluran geran penyelidikan sebanyak RM120,000.
MAIS dalam kenyataan memaklumkan geran itu bertujuan memperkukuh jalinan strategik pengurusan penyelidikan di MAIS termasuk dalam pelaksanaan penyelidikan,penerbitan,perkongsian kemudahan dan promosi aktiviti dalam kepakaran bidang di UIS.
“MAIS berharap hasil kajian yang dijalankan dapat membantu agensi itu mengenal pasti isu-isu berkaitan hal ehwal Islam Selangor selain dijadikan panduan dalam pengurusan penyelidikan,” menurut kenyataan itu.
Penyerahan geran penyelidikan itu diadakan pada Majlis Perasmian Penutup Simposium Penyelidikan Islam Selangor 2025 di sini hari ini yang disempurnakan Setiausaha MAIS Mohd Sabirin Mohd Sarbini,hari ini.
MAIS memaklumkan pihaknya telah berjaya menghasilkan 46 kajian penyelidikan berkaitan hal ehwal agama Islam di Selangor sejak 2019,antaranya Kajian Pelaksanaan Ta’widh dan Gharamah dalam Konteks MAIS,Kajian Pembangunan Model Insan Rabbani Menurut Quran: Ke Arah Penyediaan Instrumen Pelan Strategik MAIS dan Kajian Kebolehsana Baitulmal MAIS sebagai Badan Akreditasi.
Menurut MAIS,kajian penyelidikan itu meliputi beberapa tumpuan utama kemaslahatan ummah yang melibatkan sosial dan ekonomi di Selangor dengan skop pengajian akidah,syariah,dakwah,perundangan keluarga serta tadbir urus dan muamalat.
“Melalui kajian yang dijalankan,MAIS menjadi pusat sehenti bagi melaksana dan menyelia setiap penyelidikan yang ingin dijalankan oleh Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor,agensi dan anak syarikat MAIS,” menurut kenyataan itu.
MAIS memaklumkan kajian itu turut melibatkan kerjasama institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang dilantik,iaitu UIS,Universiti Malaya (UM),Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Universiti Multimedia Malaysia,Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Semua hasil kajian yang telah diterbitkan dikenali sebagai Jurnal Intifadah boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi MAIS di www.mais.gov.my,” menurut kenyataan itu.-BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur