2025-12-03 HaiPress

124 orang kini berada di enam PPS di tiga daerah/ Foto FB APM Pahang
KUANTAN,2 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus berkurangan.
Setakat pukul 7 malam,seramai 124 orang daripada 34 buah keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 149 orang pada pukul 4 petang.
Kesemua mereka berlindung di enam PPS yang dibuka di daerah Bera,Maran dan Kuantan.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),daerah Bera merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 92 orang daripada 27 buah keluarga yang ditempatkan di empat PPS,iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gemuruh,Masjid Kampung Mengkarak,Balai Raya Kampung Seberang Guai dan SK Sri Buntar.
Di Maran,seramai 25 penduduk daripada enam buah keluarga berada di sebuah PPS,iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian,manakala di Kuantan,tujuh penduduk daripada sebuah keluarga berlindung di PPS Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur