2025-12-03 HaiPress

Empat PPS masih dibuka iaitu dua di Arau dan masing-masing satu di Kangar dan Padang Besar
KANGAR,2 Disember - Seramai 551 penduduk daripada 161 buah keluarga terjejas banjir masih berada di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis,setakat pukul 9 malam.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 145 orang berbanding 696 orang pada sebelah petang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis,Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud memaklumkan,empat PPS masih dibuka iaitu dua di Arau dan masing-masing satu di Kangar dan Padang Besar.
Dua PPS di Arau yang masih beroperasi ialah di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang dan Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi yang menempatkan 370 orang daripada 114 buah keluarga,manakala di Kangar hanya 27 orang daripada 7 buah keluarga masih berada di Dewan 2020 berbanding 152 orang daripada 26 buah keluarga petang tadi.
Di Padang Besar pula,sebuah PPS masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh yang menempatkan 154 orang daripada 40 buah keluarga.
Pelbagai agensi kerajaan,bukan kerajaan,pertubuhan dan sukarelawan giat menyalurkan pelbagai sumbangan kepada penduduk yang terjejas,termasuk membantu dalam kerja pembersihan pascabanjir.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur