2025-12-03 HaiPress

Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang
KUALA LUMPUR,2 Disember – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Rukun Tetangga (Pindaan) 2025,yang antara lain bertujuan memperkemas peruntukan Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) sedia ada.
RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang,diluluskan selepas mendapat lebih banyak suara bersetuju.
Ketika menggulung perbahasan,Datuk Aaron menegaskan bahawa pindaan tersebut penting bagi memperkukuh peranan dan fungsi Rukun Tetangga (RT),selaras dengan perkembangan semasa yang kini bukan sahaja tertumpu kepada rondaan keselamatan,tetapi turut merangkumi aktiviti sosial dan ekonomi setempat.
Menurut beliau,pindaan terhadap Akta 751 memberi tumpuan kepada dua aspek utama,iaitu pemanjangan tempoh pelantikan Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (AJKRT) serta usaha memperkemas peruntukan akta sedia ada.
“Tempoh pelantikan AJKRT dilanjutkan kepada tiga tahun bagi setiap penggal,dengan pelantikan berturut-turut dihadkan kepada dua penggal,atau maksimum enam tahun dalam kawasan yang sama.
“Pelantikan semula bagi satu penggal tambahan turut dibenarkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga,” katanya.
Pindaan berkenaan juga akan memperkenalkan takrif baharu "orang yang mempunyai kepentingan" dalam kawasan RT,selain menetapkan bahawa hanya warganegara Malaysia boleh dilantik sebagai anggota AJKRT.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur