2025-12-03 HaiPress

Datuk Seri Saifuddin ketika berucap dalam Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2025 di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,2 Disember - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti keperluan untuk menyemak semula beberapa peruntukan undang-undang sedia ada berhubung operasi berskala besar seperti Op Songsang,susulan kekangan perundangan yang dihadapi dalam tindakan terhadap ratusan individu yang ditahan baru-baru ini.
Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,keperluan itu timbul selepas pihak polis berdepan cabaran untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terhad,termasuk menentukan seksyen undang-undang yang tepat untuk digunakan bagi setiap tangkapan.
Menurutnya,walaupun lebih 200 individu dibebaskan dengan jaminan polis,proses siasatan tetap diteruskan.
Beliau turut menjelaskan,tindakan serbuan dan tangkapan dibuat mengikut undang-undang sedia ada,termasuk bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Kanun Keseksaan,namun beberapa peruntukan didapati tidak memadai bagi menangani kes yang melibatkan jumlah besar dan pelbagai kategori individu,seperti penjawat awam serta warga asing.
"Akhirnya kita jadi serbuan,tangkapan,kemudian mahkamah tidak benarkan reman dilanjutkan. Tapi bukan bermaksud siasatan terhenti. Kita ada profil mereka semua dan akan panggil semula jika perlu untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2025 di sini.
Datuk Seri Saifuddin turut menjawab persoalan mengenai isu privasi yang dibangkitkan oleh beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO),susulan tindakan polis menyerbu premis yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.
"Privasi itu kalau dia bersendirian di rumah,itu privasi. Ini di premis dengan 202 orang. Privasi apa lagi? Polis perlu seimbangkan tanggungjawab mengekang aktiviti tidak bermoral dengan hak individu," tegasnya.
Beliau menegaskan bahawa aktiviti yang dicegah menerusi operasi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang tidak boleh dipertahankan oleh mana-mana agama.
"Jadi kalau ada NGO yang melihat dari sudut pandang dia harus melihat bahawa itu adalah perbuatan tidak bermoral yang tak boleh dipertahankan dari sudut mana-mana agama sekali pun," tegasnya lagi.
KDN katanya,akan memperhalus maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Keselamatan kementerian,sebelum membawa cadangan pindaan perundangan untuk dipertimbangkan.
"Sudah sampai masanya untuk kita teliti beberapa peruntukan yang terkait," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur