2025-12-03 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember - Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama ekonomi,digital dan serantau bersama China dan negara-negara ASEAN.
Menurut Duta Besar Malaysia ke China,Datuk Norman Muhamad,China memainkan peranan besar dalam pembangunan digital,tenaga boleh baharu dan inovasi industri Malaysia.
Katanya lagi,Hong Kong kekal berperanan sebagai pintu gerbang strategik yang menyatukan China dengan ekonomi global,selain menjadi penghubung utama kepada Ekonomi Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) dan ASEAN.
''Malaysia berharap dapat mempertingkatkan kerjasama dengan Hong Kong bukan sahaja dalam perdagangan dan pelaburan,tetapi juga dalam bidang baharu seperti kewangan digital,teknologi hijau,ekosistem inovasi dan mobiliti bakat," katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Cina Sedunia (WCEF) Ke-13 di Hong Kong.
Forum tersebut bermula pada Selasa di AsiaWorld–Expo,Hong Kong,menghimpunkan pemimpin berpengaruh daripada sektor awam dan swasta untuk membincangkan masa depan kerjasama ekonomi global.
Penilaian bagaimana kecerdasan buatan,perdagangan digital,teknologi baharu dan perubahan dinamik rantaian bekalan sedang membentuk semula perdagangan global menjadi antara fokus utama.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur