2025-12-03 HaiPress

Gambar/USM
GEORGE TOWN,2 Disember – Disiplin diri dan komitmen yang tinggi dan konsisten,membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban,Kumaresan Aramugam berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) di Universiti Sains Malaysia (USM) hanya dalam tempoh setahun.
Pencapaian itu,adalah sesuatu yang jarang dicapai oleh pemimpin politik seusianya,meski pun setiap hari sibuk mengurus kawasan,menghadiri mesyuarat dan turun padang,memenuhi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Lebih mengagumkan,beliau mengekalkan kehadiran kelas melebihi 85 peratus,meski pun jadual kuliahnya berlangsung empat kali seminggu,dari pukul 6:00 petang hingga 9:00 malam.
“Jadual saya memang ketat,tetapi saya sudah tetapkan sasaran untuk tamat dalam setahun. Apa pun berlaku,saya pastikan tidak terlepas kelas,” katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
A. Kumaresan berkata,rahsia utama kejayaannya ialah disiplin ekstrem dan pengurusan masa yang terancang. Setiap minggu,beliau menyusun semula jadual kerja rasmi mengikut keutamaan supaya tidak bertembung dengan sesi kuliah.
Beliau turut mengamalkan pendekatan “siap awal”,melakukan tugasan sebaik diberikan dan memanfaatkan masa senggang di antara mesyuarat untuk membaca jurnal,menyiapkan nota dan membuat semakan ringkas.
“Kalau kita bertangguh,kita tidak akan bergerak. Jadi saya pilih untuk konsisten,” katanya.
A. Kumaresan turut merakamkan penghargaan kepada para pensyarah di USM yang banyak memberi bimbingan dan sokongan moral sepanjang pengajian,selain rakan-rakan sekelas yang menjadi tulang belakang dalam sesi perbincangan dan tugasan berkumpulan.
Menurut beliau,ilmu adalah elemen penting dalam membentuk pemimpin berwibawa,terutama dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada masyarakat.
“Ilmu menjadikan kita lebih berfikir jauh,lebih berakauntabiliti. Itu sebab saya percaya pendidikan adalah pelaburan penting untuk pemimpin,” ujarnya.
Selepas kejayaan menamatkan pengajian sarjana,A. Kumaresan kini merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD),selari dengan komitmennya untuk meningkatkan kapasiti kepimpinan dan memahami dasar awam dengan lebih mendalam.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur