2025-12-03 HaiPress

Majlis Pelancaran IBTEC disempurnakan Tunku Panglima Johor,Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim/ Foto FB The Royal Johor
ISKANDAR PUTERI,2 Disember - Pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC) bernilai RM27 bilion di Sedenak,Kulai,akan menjadi nadi baharu ekonomi Johor,menggabungkan teknologi,inovasi dan kemampanan dalam satu ekosistem terancang.
IBTEC yang dijangka siap sepenuhnya pada 2047,akan mewujudkan 330,000 peluang pekerjaan.
Exco Pelaburan,Perdagangan,Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor,Lee Ting Han berkata,pembangunan IBTEC melibatkan perancang bandar antarabangsa,serta firma seni bertaraf dunia,seterusnya meningkat keyakinan pelabur global ke Johor.
Ia juga dijangka menjadi pemangkin utama sektor digital,pusat data,kecederdasan buatan (AI),bioteknologi,pembuatan maju serta penyelidikan dan pembangunan.
Sementara itu,Ketua Pengarah Eksekutif Johor Corporation,Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata,IBTEC menjadi cerminan visi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,menekankan kepengurusan sumber dan rakyat,dalam pembangunan progresif negeri.
"IBTEC adalah Technopolis negara pertama yang menekankan inovasi,dibina dalam persekitaran dunia sebenar,dimana penyelesaian boleh dibangunkan,dan diukur dengan kelajuan dan tujuan.
'Ia juga bersedia,membawa industri,akademia,polisi dan komuniti,ke dalam satu ekosistem yang berhubung,Johor dan Singapura akan bersama-sama,mencipta nilai yang saling memerlukan antara satu sama lain",katanya.
Majlis Pelancaran IBTEC disempurnakan Tunku Panglima Johor,Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim,bersama barisan kepimpinan negeri di Iskandar Puteri.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur