2025-12-03 HaiPress

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ BERNAMA
IPOH,3 Disember - Sebanyak RM30 juta diperuntukkan kepada para usahawan di Perak melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu golongan itu memperkukuh perniagaan,seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada tahun ini,hampir RM26 juta diperuntukkan bagi pembangunan usahawan Bumiputera negeri Perak meliputi pembiayaan,latihan keusahawanan,sesi pementoran dan khidmat perunding.
"Apa yang hendak kita fokuskan tahun depan adalah untuk memastikan supaya lebih ramai usahawan dapat menembusi sekurang-kurangnya peringkat ASEAN.
"Melalui program khas MARA,Gate to Global,kita akan membantu mereka dalam segala aspek supaya mereka bersedia memasuki pasaran antarabangsa. Ini kerana untuk memasuki pasaran antarabangsa,mereka perlu memenuhi syarat-syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh negara-negara tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Usahawan MARA Negeri Perak 2024-2025 di Ipoh.
Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2024-2025 Negeri Perak menyaksikan 12 usahawan terpilih daripada 35 pencalonan dalam kategori industri gaya hidup,automotif,perkhidmatan,pembinaan,makanan dan minuman,program khas usahawan,usahawan inspirasi wanita,usahawan TVET,lepasan IPMA,Usahawan Wakaf MARA MADANI serta jenama terbaik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur